Audit liputan sempena penganjuran Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina peringkat Negeri Sembilan

MCMC melalui MCMC Negeri Sembilan mengadakan audit liputan sempena penganjuran Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina peringkat Negeri Sembilan. 

Bagi memastikan liputan Internet yang baik sepanjang majlis rumah terbuka itu, pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi telah menyediakan pemasangan 'Coverage On Wheel' (COW) di lokasi sambutan di Lotus Bahau, Negeri Sembilan. 

MCMC sentiasa responsif dan bekerjasama rapat dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi dengan menjalani audit pemantauan secara berkala bagi memastikan liputan dan kualiti perkhidmatan berada pada tahap yang terbaik.

Selain itu, aktiviti audit pematuhan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) turut dijalankan di PEDi Kuala Jempol bagi memastikan premis PEDi mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh MCMC.

#MCMC
 
 
Related Content
Share this article
Follow